Mula beroperasi pada 2015, BARANG DAPUR BASAH merupakan pioneer dalam perkhidmatan penyediaan barang basah yang segar siap siang dan cuci terus ke rumah pelanggan. Sehingga kini, BARANG DAPUR BASAH mempunyai lebih 15 orang kakitangan termasuk tim penghantaran yang komited untuk menyampaikan perkhidmatan ini sekitar Kuala Lumpur, Selangor & Nilai, Negeri Sembilan.

Selain barang basah, lebih daripada 20 jenis Homemade Kitchen Heroes juga merupakan rangkaian produk BARANG DAPUR BASAH yang sangat mendapat sambutan bagi memudahkan kerja-kerja memasak.